Assalamualaikum. Dah tinggal terlalu lama blog ni, tapi kembali hanya kerana jogja. Disebabkan pasport ada lagi 4 tahun ++, harap dapat berjalan lagi untuk bercerita lagi. Pendekkan cerita, terus ke tajuk la.
Seorang sahabat ajak berjalan ke jogja. Sembang punya sembang, sampai la terbooking tiket bulan 12 2017. First time beli tiket sendiri tiket flight dan dibantu oleh sahabat yang ketika itu berada di Mekah tau. Berdebor jugak rasa, kowt la salah apa-apa. Selalu tiket bas je beli.
So sampai la ke tarikh 14- 16 Mac 2018 minggu lalu ke Yogjakarta, rombongan makcik-makcik bawang holland seramai 16 dewasa 4 kanak-kanak. Dengan budget RM500 (aktiviti dan makan) dan RM 300 tiket flight.
Hari pertama -
-KLIA
-Adisutjipto International Airport
-Merapi
-Alun-alun
Hari kedua -
-Jurang Tembelan
-Rumah Hobbit
-Pantai Timang
-Candi Ijo
-Malioboro
Hari ketiga -
- Pule Payung
- Kalibiru
- Kilang Bakpia
-Adisutjipto International Airport
Aktiviti kami padat betul selama 3 hari ni. Tapi tu lah, kalau ikutkan banyak lagi yang boleh buat di sana. Tapi masa tidak mengizinkan sebab nk travel satu ke satu tempat pon mengambil masa lama. Supir bawak okay, nak laju sangat pon tak boleh, jalan bukan mcm highway kite dan yang paling best signboard pon tak mandang. Bile nak sampai pon tak tau. Van dah berhenti, sampai la tuh.
Memang travel ni penuh aktiviti, shopping pon sekali je. Makanan pon okay la, boleh masuk kat tekak la. Bakpia tetap di hati, siapa pegi jogja tlg bagi tau. Sebab nk kirimmm. Okay berhenti kat sini dulu, siapa yang nk baca karangan bergambar tunggu part 2 tapi tggu bile i free okay?
-Tiemah-
No comments:
Post a Comment